Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PRESIDEN MAJLIS PERBANDARAN TAWAU MENGENAI PENGANJURAN KEMBARA KASIH KPWKM 2025

Program      4 March 2025      TAWAU    

YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bagi membincangkan penganjuran Kembara KASIH KPWKM 2025 di pejabatnya di sini hari ini.

Kunjungan Hormat ini diadakan bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan sokongan Majlis Perbandaran Tawau berkaitan penganjuran Majlis Penutup Kembara KASIH KPWKM Edisi kedua yang dijadualkan berlangsung pada 23 & 24 Mei 2025 di Tawau, Sabah.

Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Hanapi bin Mohammad Hanipah, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KPWKM; Puan Sarina binti Musa, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Bahagian Tawau; dan YDH ASP Joan Lee, wakil IPD Tawau.

ATAS
Accessbility Option