LENSA KPWKM

AWARENESS TALK CYBER PARENTING OLEH CYBERSECURITY MALAYSIA

Program      24 Februari 2026      KPWKM    

Awareness Talk: Cyber Parenting

24 Februari 2026

Hari ini telah berlangsung Awareness Talk: Cyber Parenting bertempat di Auditorium, Aras 7, KPWKM dengan tajuk “Mitos Keibubapaan Digital: Antara Persepsi & Realiti.”. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Edwan bin Mohamad Aidid yang merupakan Senior Executive, Outreach Unit, CyberSecurity Malaysia.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kementerian mengenai cabaran keibubapaan dalam era digital yang semakin kompleks.

Perkongsian tersebut memberi fokus kepada perbezaan antara mitos dan realiti keibubapaan digital, risiko semasa dalam talian seperti buli siber, cyber grooming, scam serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, di samping membincangkan cabaran media sosial masa kini.

Turut dikongsikan pendekatan praktikal dalam membimbing anak-anak menggunakan teknologi secara selamat, termasuk kepentingan komunikasi terbuka dan penetapan sempadan digital dalam keluarga.

Program diakhiri dengan sesi perbincangan interaktif dan soal jawab yang mendapat sambutan aktif daripada para peserta. Semoga inisiatif seperti dapat memperkasakan ibu bapa dalam membentuk generasi celik digital yang beretika dan selamat.

ATAS
Accessbility Option