LENSA KPWKM

BENGKEL AKHIR MOCK SESSION DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC) BERSAMA UNICEF

Mesyuarat      13 Januari 2026      Kuala Lumpur    

BENGKEL AKHIR MOCK SESSION DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC) BERSAMA UNICEF

13 JANUARI 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia telah menganjurkan Bengkel Akhir Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) bersama wakil Kementerian dan Agensi sebagai persediaan menjelang sesi Dialog Konstruktif Malaysia di Geneva pada 22 dan 23 Januari 2026.

Sesi yang berlangsung ini telah telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM dan telah disertai oleh semua wakil Kementerian dan Agensi yang akan menyertai Delegasi Malaysia.

Sesi ini turut disertai oleh pakar-pakar berkaitan isu kanak-kanak bagi membantu persiapan delegasi antaranya Dato’ Yasmeen Shariff dan Dr. Mikiko Otani, bekas ahli Jawatankuasa CRC dan juga pakar akademik iaitu Prof. Datuk Norma Mansor. Delegasi Malaysia turut mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mendapatkan pandangan pakar bagi memastikan isu-isu berkaitan kanak-kanak dapat dibentangkan dengan lebih berkesan di pentas antarabangsa.

Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan pegawai-pegawai KPWKM. Ayuh doakan kejayaan delegasi Malaysia menyertai sesi dialog ini bagi terus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.

ATAS
Accessbility Option