LENSA KPWKM

REGIONAL CAPACITY BUILDING & WORKSHOP ON DISASTER RESPONSIVE SOCIAL PROTECTION AND INCLUSIVE DISASTER MANAGEMENT IN ASEAN

Program      2 Mac 2026      Filipina    

REGIONAL CAPACITY BUILDING & WORKSHOP ON DISASTER RESPONSIVE SOCIAL PROTECTION AND INCLUSIVE DISASTER MANAGEMENT IN ASEAN

Program Regional Capacity Building and Workshop on Disaster Responsive Social Protection (DRSP) and Inclusive Disaster Management in ASEAN telah diadakan pada 2–5 Mac 2026 di Shangri-La Boracay Resort & Spa, Filipina.

Bengkel serantau ini menghimpunkan peserta dari negara-negara ASEAN bagi memperkukuh kapasiti dan meningkatkan kefahaman mengenai peranan Disaster Responsive Social Protection (DRSP) dalam menyokong pengurusan bencana yang lebih inklusif. Program ini turut memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta pendekatan inovatif dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial yang responsif terhadap bencana.

Malaysia telah diwakili oleh Puan Siti Fatimah binti Ismail, Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana beliau telah membuat pembentangan mengenai amalan terbaik Perlindungan Sosial di Malaysia amnya dan di bawah KPWKM khasnya.

Selain itu, program ini juga menyediakan platform penting untuk mempererat jaringan kerjasama antara wakil kerajaan, pakar serta organisasi yang terlibat dalam bidang perlindungan sosial dan pengurusan bencana di rantau ASEAN.

ATAS
Accessbility Option