LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN FORUM ADVOKASI PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEKERTI) UNTUK IBU BAPA

Program      18 Mei 2025      Sabah    

Majlis Perasmian Forum Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Untuk Ibu Bapa

18 Mei 2025

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak ke arah kehidupan yang sihat dan seimbang. Forum PEKERTI anjuran KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak sekali gus meningkatkan jati diri remaja dalam menjaga harga diri dan maruah bangsa.

Selain itu, para peserta juga mendapat manfaat daripada sesi perbincangan yang diadakan mengenai topik yang dianggap ‘taboo’ atau sensitif dalam masyarakat kerana bimbang maklumat berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial ini bakal menimbulkan rasa ingin tahu dan ingin cuba dalam kalangan remaja.

Tahniah kepada mereka yang menghadiri forum pada hari ini khususnya para ibu dan bapa. Ini menunjukkan kepekaan dan sikap cakna anda dalam membesarkan anak remaja yang penuh cabaran pada masa ini.

Dengan sokongan dan perhatian berterusan daripada ibu bapa, usaha KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk membina generasi muda yang bertanggungjawab, berpengetahuan, dan berdaya tahan dapat dicapai.

ATAS
Accessbility Option