LENSA KPWKM

PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 MELAKA TERUS MERIAH DENGAN KEHADIRAN PENGUNJUNG MENDAPATKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN KERAJAAN

Program      18 Oktober 2025      Melaka    

Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka Terus Meriah Dengan Kehadiran Pengunjung Mendapatkan Pelbagai Perkhidmatan Kerajaan

18 Oktober 2025

Hari kedua Program MADANI Rakyat 2025 terus berlangsung dalam suasana yang penuh semangat dan meriah! Sejak awal pagi, orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Politeknik Merlimau untuk menikmati pelbagai perkhidmatan kerajaan yang dibawakan khas terus kepada rakyat.

Dengan tema “Aspirasi MADANI: Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara”, program ini terus menjadi tumpuan warga Melaka yang hadir bagi mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta menyertai aktiviti interaktif sepanjang hari.

Seramai 750 orang pengunjung telah singgah di reruai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menjadi antara reruai popular hari ini. Pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat Talian Kasih 15999, menjalani saringan kesihatan mental (DASS) oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN, serta mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan keluarga daripada LPPKN.

YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, turut meluangkan masa meninjau reruai KPWKM sambil beramah mesra dengan petugas dan para pengunjung. Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan suasana, malah menyuntik semangat kepada seluruh warga KPWKM untuk terus memastikan perkhidmatan MADANI sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

Esok merupakan hari terakhir!
Warga Melaka dan kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai dan rasai sendiri keterangkuman serta semangat MADANI yang dibawakan khas untuk anda di Program MADANI Rakyat 2025!

ATAS
Accessbility Option