LENSA KPWKM

PROGRAM KASIH RAMADAN MEDIA KPWKM 2026

Program      12 Mac 2026      Putrajaya    

PROGRAM KASIH RAMADAN MEDIA KPWKM 2026

12 Mac 2026

Program Kasih Ramadan Media KPWKM 2026 hari ini menyantuni rakan-rakan media melalui agihan Laksa Sarawak sebagai juadah berbuka puasa kepada warga BERNAMA Putrajaya, Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan di Menara Komunikasi.

KPWKM yang diwakili oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) mengagihkan sumbangan tersebut sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan mereka dalam membantu menyampaikan maklumat serta memperluaskan hebahan program dan inisiatif KPWKM kepada masyarakat.

Inisiatif ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkasa pada masa hadapan demi memastikan setiap usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

ATAS
Accessbility Option