LENSA KPWKM

KPWKM MENGGALAS ASPIRASI PERKHIDMATAN PENJAGAAN MALAYSIA KE PENTAS DUNIA DI OSAKA

Program      5 Julai 2025      Osaka, Japan    

KPWKM Menggalas Aspirasi Perkhidmatan Penjagaan Malaysia ke Pentas Dunia di Osaka

Minggu ke-12 Ekspo 2025 Osaka menjadi platform penting buat KPWKM untuk mengetengahkan penjagaan sebagai teras pembangunan mampan negara, selari dengan agenda Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030.

KPWKM memimpin naratif penjagaan menyeluruh yang mengiktiraf kerja penjagaan tidak berbayar, memperkasa penyedia penjagaan, serta memperluas akses kepada perkhidmatan sokongan melalui teknologi dan kerjasama rentas sektor.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan:

????Demonstrasi MamaCare dan pendidikan kesihatan reproduktif, hasil kerjasama LPPKN dan komuniti jururawat bidan tempatan

????Platform digital seperti Kiddocare dan Eartistic yang menyokong keluarga bekerja, komuniti neurodivergen dan usahawan wanita

????iElder, Harvester dan BIGTREE Medicare sebagai inovasi penjagaan warga emas sejajar dengan keperluan penduduk menua

????Roseputih , Selia Tek dan Doctorkayu menggabungkan warisan budaya dan sains moden dalam meningkatkan kesejahteraan Wanita dan Komuniti.

Delegasi KPWKM turut mengadakan lawatan strategik ke pusat penjagaan dan kesihatan Jepun, memperkukuh kerjasama antarabangsa dan pertukaran pengetahuan.

Kesemua inisiatif ini menjadi asas kepada pelancaran Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan 2026–2030, yang dirangka KPWKM untuk menjadikan sektor penjagaan sebagai bidang ekonomi baharu yang berimpak tinggi, inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option