LENSA KPWKM

MAJLIS PENUTUPAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN (WPS) 2025

Program      10 September 2025      Kuala Lumpur    

The 2025 ASEAN Women, Peace and Security Summit concluded today in Kuala Lumpur, officiated by YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. The two-day Summit brought together over 200 participants from ASEAN Member States, Timor-Leste, civil society, youth, academia, and international partners to exchange experiences and strengthen collaboration.

Discussions focused on advancing the ASEAN Regional Plan of Action on WPS, women’s leadership in peacebuilding, and addressing emerging challenges such as climate change, violent extremism, and digital security.

The closing ceremony was also attended by YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Minister of Women, Family and Community Development, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Deputy Minister of Women, Family and Community Development, YBhg. Dato’ Dr. Maziah Che Yusoff, Secretary-General of KPWKM as well as senior officials of the Ministry.

—————————————————

YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) 2025 yang berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur.

Sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih 200 peserta daripada Negara Anggota ASEAN, Timor-Leste, masyarakat sivil, belia, ahli akademik serta rakan strategik antarabangsa bagi bertukar pengalaman dan memperkukuh kerjasama.

Sepanjang persidangan, pelbagai sesi perbincangan telah diadakan dengan memberi fokus kepada kemajuan pelaksanaan Rancangan Tindakan Serantau ASEAN mengenai WPS, peranan kepimpinan wanita dalam pencegahan konflik, menangani cabaran baharu seperti kesan perubahan iklim terhadap komuniti rentan, ancaman ekstremisme ganas dan cabaran keselamatan digital.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Dato’ Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

ATAS
Accessbility Option