LENSA KPWKM

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Program      9 Disember 2025      KPWKM    

Latihan Kebakaran dan Keselamatan KPWKM - Tingkat kesiapsiagaan warga hadapi insiden

9 Disember 2025

Bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan menghadapi sebarang insiden kecemasan di tempat kerja, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama anggota-anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya hari ini telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) bertempat di Bangunan KPWKM, Putrajaya.

Latihan ini melibatkan seluruh kakitangan KPWKM dan penting bagi memberi pendedahan kepada setiap warga untuk memahami dan mempraktikkan tatacara keselamatan yang betul dalam situasi kecemasan yang sebenar.

KPWKM terus komited memastikan tahap keselamatan premis dan warga kerjanya sentiasa berada pada tahap optimum melalui pelaksanaan latihan keselamatan secara berkala.

ATAS
Accessbility Option