LENSA KPWKM

PAMERAN SEMPENA HARI TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA 2026

Program      12 September 2026      Kuala Lumpur    

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai reruai pameran sempena Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 yang berlangsung pada 12 dan 13 September 2026.

Penyertaan KPWKM dalam program ini menjadi platform untuk mendekati masyarakat serta memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat secara langsung berkaitan perkhidmatan serta inisiatif KPWKM bersama Jabatan dan Agensi. Antaranya ialah Talian Kasih 15999, Pusat Sokongan Sosial Setempat, Dasar Wanita Negara, Program Pendidikan Keluarga serta pendaftaran kad orang kurang upaya.

Selaras dengan objektif Hari Terbuka Parlimen Malaysia yang memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan institusi Parlimen dan perkhidmatan Kerajaan, penyertaan ini turut memperluas akses kepada maklumat dan perkhidmatan KPWKM khususnya bagi wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas, OKU serta kumpulan masyarakat yang memerlukan sokongan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM untuk memastikan perkhidmatan, bantuan dan maklumat yang disediakan dapat disampaikan secara terus kepada rakyat.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir dan singgah di reruai KPWKM. ????

ATAS
Accessbility Option