LENSA KPWKM

KPWKM PERKUKUH KOMITMEN NEGARA TERHADAP HAK KANAK-KANAK

Program      8 Oktober 2025      Parlimen    

KPWKM Perkukuh Komitmen Negara Terhadap Hak Kanak-Kanak

8 Oktober 2025

Dalam memperkukuh komitmen Malaysia terhadap hak kanak-kanak, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama UNICEF Malaysia telah mengadakan Sesi Taklimat Berkenaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini telah menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen, wakil agensi kerajaan dan wakil kanak-kanak bagi memperkukuh kefahaman tentang pelaksanaan CRC serta peranan Parlimen dalam menggubal dasar, undang-undang dan bajet yang berpaksikan kepentingan kanak-kanak.

YB Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa kesejahteraan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama yang melangkaui sempadan politik.“Parlimen memainkan peranan penting dalam menjayakan komitmen bersama terhadap hak kanak-kanak. KPWKM kekal komited bekerjasama dengan UNICEF dan semua pihak bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia membesar dalam persekitaran yang selamat, sihat dan inklusif,” katanya.

Malaysia kini sedang mempersiapkan Delegasi Negara untuk Sesi Dialog Konstruktif bersama Jawatankuasa CRC di Geneva pada Januari 2026, di mana kemajuan dan cabaran pelaksanaan hak kanak-kanak akan dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sesi ini turut menampilkan suara anak muda melalui Majlis Perwakilan Kanak-kanak di bawah KPWKM, UNICEF Young People’s Action Group, dan Majlis Konsultasi Kanak-kanak SUHAKAM, yang mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperluas penyertaan kanak-kanak dalam pembentukan dasar awam.

ATAS
Accessbility Option