LENSA KPWKM

ASEAN CONFERENCE ON FUTURE-READY PUBLIC SERVICE 2025

Program      7 Oktober 2025      Selangor    

ASEAN Conference on Future-Ready Public Service 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan ASEAN Conference on Future-Ready Public Service bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia pada 7 Oktober 2025 bertempat di Subang Jaya, Selangor. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan menghimpunkan pemimpin serta pegawai kanan sektor awam dari negara-negara ASEAN bagi membincangkan hala tuju perkhidmatan awam serantau yang lebih tangkas, inklusif, beretika dan berorientasikan rakyat.

Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, tiga sesi plenari telah diadakan dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu kepimpinan, teknologi dan pembangunan modal insan sebagai asas kesiapsiagaan perkhidmatan awam masa depan yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat landskap global.

Persidangan turut menyaksikan penerimaan Deklarasi ASEAN mengenai Perkhidmatan Awam Bersedia Masa Hadapan, yang menegaskan komitmen bersama negara-negara ASEAN dalam memperkukuh transformasi perkhidmatan awam melalui pendigitalan, inovasi dan teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI).

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, bersama Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan pegawai-pegawai Kementerian telah hadir sebagai komitmen berterusan KPWKM dalam memperkukuh kepimpinan, inovasi dan tadbir urus berintegriti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) demi kesejahteraan rakyat.

ATAS
Accessbility Option