LENSA KPWKM

KICK OFF PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI KPWKM TAHUN 2026

Program      5 Mei 2026      Kelantan    

Kick off Program Sekolah Angkat MADANI KPWKM Tahun 2026

5 Mei 2026

Hari ini telah bermula kick off Program Sekolah Angkat MADANI KPWKM Tahun 2026 melalui penganjuran Sesi Libat Urus (SLU) antara Kementerian dan Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Kelantan.

Komited dengan pelaksanaannya, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff sendiri telah mengadakan lawatan tapak bagi mendapatkan maklumat awal berhubung skop pelaksanaan projek ini.

Sesi libat urus ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, mengenal pasti keperluan skop semasa, serta merangka inisiatif berimpak tinggi demi manfaat warga sekolah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Puan Siti Norina binti Muhamad, dan barisan pegawai kanan KPWKM sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti sekolah.

Pendekatan Sekolah Angkat MADANI mencerminkan usaha bersepadu kerajaan dalam memastikan akses kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif, inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option