LENSA KPWKM

HARI KEDUA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

Program      14 Jun 2025      Perak    

Hari Kedua: Program MADANI Rakyat 2025 Perak

14 Jun 2025

Hari kedua PMR 2025 Perak menyaksikan para petugas di reruai KPWKM terus bersemangat menyantuni pengunjung-pengunjung yang hadir bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Aktiviti interaktif di reruai KPWKM antara yang mendapat sambutan pada hari ini di mana pengunjung dapat mengetahui info-info menarik mengenai KPWKM di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri yang disediakan.

Berbaki 1 hari lagi! Moh lerr orang-orang Lumut dan sekitarnya hadir beramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 Perak yang akan menutup tirai pada hari esok di Lumut Waterfront.

Kami tunggu kedatangan anda??

ATAS
Accessbility Option