Program Psychwellness KPWKM 2025
14 Ogos 2025
Program Psychwellness KPWKM Tahun 2025 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Unit Pengurusan Psikologi, KPWKM telah diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium Aras 7, KPWKM.
Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kesedaran berhubung penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga KPWKM agar dapat mencapai kesejahteraan psikologi yang optimum, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Seramai 75 orang peserta terdiri daripada warga KPWKM telah menyertai program ini yang menampilkan dua orang panel hebat iaitu Puan Siti Rohaizu, Pegawai Psikologi Jabatan Akauntan Negara dan Dr. Azizul Awaluddin, Pakar Perunding Psikiatrik Hospital Putrajaya bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai “Mental Koyak, Jiwa Rabak”.
Diharapkan program ini dapat membantu warga kerja KPWKM meningkatkan kemampuan psikologi bagi mendepani cabaran kehidupan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan holistik.