LENSA KPWKM

LAWATAN PENYELIDIKAN OLEH UiTM SHAH ALAM KE KPWKM MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Lawatan      2 Januari 2026      KPWKM    

LAWATAN PENYELIDIKAN OLEH UiTM SHAH ALAM KE KPWKM MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Pada 2 Januari 2026, telah berlangsung program Lawatan Penyelidikan (Academic Retreat) UiTM bertempat di Auditorium Aras 7, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM). Delegasi UiTM diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Tuan Nooriani binti Tuan Ismail dan disambut oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi TKSU Pengurusan KPWKM. Turut hadir ialah pegawai-pegawai JKM Encik Noor Kamaruzaman bin Abdul Hamid, Puan Khairun Nisa binti Yaacob dan Encik Abdullail Shafiq bin Abdul Halim.

Objektif lawatan ialah untuk membincangkan sinergi strategik antara akademik dan sektor awam berkaitan pengurusan kewangan dan peruntukan dalam sektor sosial.

Intipati Program:
-Pembentangan KPWKM: Perkongsian mengenai tadbir urus dan pengurusan bajet kementerian.
-Sesi Kualitatif Tematik:
Perbincangan mendalam merangkumi aspek ketelusan pengurusan kewangan, ketepatan penyampaian bantuan kepada golongan rentan, serta keberkesanan kos projek pembangunan.
-Matlamat: Menilai impak jangka panjang program kementerian terhadap kualiti hidup masyarakat melalui instrumen soalan kualitatif yang komprehensif.

Sesi ini diakhiri dengan komitmen untuk terus memperkasa akauntabiliti dan integriti dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan dan sektor sosial untuk kesejahteraan rakyat.

ATAS
Accessbility Option