LENSA KPWKM

KPWKM JAYAKAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI SEMBILAN - DIGITAL MERENTASI GENERASI, MEMPERKASA KOMUNITI

Program      24 Ogos 2025      Negeri Sembilan    

KPWKM Jayakan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan - Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti

24 Ogos 2025

Tidak cukup rasanya tiga hari ‘berkampung’ di Dataran Nilai. Sokongan padu daripada orang-orang Negeri Sembilan membuatkan kami tidak sedar Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan kini tiba ke penghujungnya.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan reruai kami dan mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Hari terakhir PMR 2025 Negeri Sembilan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM yang turun padang menyantuni para petugas dan pengunjung di reruai.

Program ini bukan sekadar ruang mengisi hari minggu bersama keluarga dan rakan-rakan, tetapi medium mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui pelbagai perkhidmatan, pameran serta aktiviti interaktif yang memberikan pelbagai manfaat.

Jumpa kami di Program MADANI Rakyat yang seterusnya!

Negeri Sembilan ?
Next-Kedah

ATAS
Accessbility Option