Sesi Perbincangan “Care Economy as a Path to Women’s Economic Empowerment” Dalam Mesyuarat Second Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE II) di Incheon, Korea
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM menjadi salah seorang panel dalam Sesi Perbincangan bertajuk “Care Economy as a Path to Women’s Economic Empowerment” dalam Mesyuarat Second Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE II) di Incheon, Korea.
Datuk Dr. KSU menekankan kepentingan membangunkan ekosistem penjagaan yang inklusif, dan berkualiti di Malaysia. Usaha ini diperkukuh melalui pembangunan Malaysia Care Strategic Framework and Action Plan 2026–2030 yang merangkumi lima teras strategik: pengukuhan tadbir urus, pembangunan kapasiti, advokasi, kolaborasi strategik, dan penyelidikan.
Langkah ini sejajar dengan sasaran meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 60% menjelang 2030, sekali gus menyumbang kepada ekonomi yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.