LENSA KPWKM

MESYUARAT PEMURNIAN PELAN TINDAKAN DASAR SOSIAL NEGARA (PTDSN) 2026-2030

Mesyuarat      25 September 2025      Putrajaya    

MESYUARAT PEMURNIAN PELAN TINDAKAN DASAR SOSIAL NEGARA 2026 - 2030 (PTDSN 2026- 2030)

25 September 2025

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah merasmikan Mesyuarat Pemurnian Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026 - 2030 (PTDSN 2026 - 2030) di Putrajaya. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memastikan pembangunan PTDSN 2026 – 2030 yang kini berada di fasa akhir lebih inklusif dan menyeluruh dengan mengenal pasti cabaran dan keperluan khusus kementerian/agensi serta membincangkan kaedah penyelesaian bagi isu-isu sosial yang sedang dihadapi.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi bicara sosial yang disampaikan oleh Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Presiden National Council of Women’s Organisation (NCWO). Seramai 50 orang wakil daripada pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri turut hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.

Diharapkan pendekatan ini dapat memperkukuh sinergi antara pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan dalam memacu pembangunan sosial negara ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera dengan mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan matlamat Dasar Sosial Negara 2030.

ATAS
Accessbility Option