LENSA KPWKM

PROGRAM ELIMINATE VIOLENCE AGAINST WOMEN (EVAW)

Program      20 Oktober 2026      Pulau Pinang    

Program Eliminate Violence Against Women (EVAW)

20 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited sepenuhnya dalam usaha menangani isu keganasan terhadap wanita dan akan terus melaksanakan program berbentuk pencegahan, perlindungan dan pemulihan, agar tiada sesiapa yang tercicir daripada sistem sokongan sedia ada.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) bersempena dengan Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2026 di Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini merupakan penanda kepada satu gerakan pencegahan yang disusun secara berfasa dan berterusan. Inisiatif ini bermula dengan Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita berkaitan Keganasan Rumah Tangga, diteruskan melalui SARI@KRT dan diperkukuh dengan pelaksanaan Road to EVAW di peringkat negeri.

Menjelang kemuncak sambutan EVAW pada 25 November 2026, YB Dato’ Sri Hajah Nancy mengajak Kementerian, Jabatan dan Agensi seluruh negara menyinari ruang bangunan masing-masing dengan cahaya berwarna oren, iaitu warna yang melambangkan harapan dan masa depan yang bebas daripada keganasan terhadap wanita.

KPWKM akan terus mempergiat usaha pencegahan, memperkukuh mekanisme perlindungan serta memperluas akses kepada perkhidmatan pemulihan bagi memastikan wanita yang berdepan keganasan mendapat sokongan dan bantuan sewajarnya.

ATAS
Accessbility Option