KPWKM Tawar Pelbagai Perkhidmatan Menarik di PMR 2025 Kedah
4 September 2025
Hari pertama reruai KPWKM mencatat sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai lebih 400 pengunjung mendapatkan pelbagai khidmat termasuk Talian Kasih 15999, sesi kaunseling ad-hoc, saringan kesihatan, serta advokasi berkaitan Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA dan Tribunal Antigangguan Seksual.
Ayuh orang-orang Baling dan sekitarnya kita semarakkan lagi semangat MADANI ini. Pelbagai pengisian menarik menanti anda bermula dari pameran reruai, aktiviti santai keluarga, jualan MADANI, perkhidmatan agensi kerajaan, karnival kerjaya, saringan kesihatan hinggalah aktiviti-aktiviti di pentas utama.
Esok jom gegarkan lagi reruai KPWKM. Kami menanti kehadiran anda. Pakat mai lekaihh