LENSA KPWKM

MAJLIS CLOCK OUT DAN CLOCK IN YBTM KPWKM

Program      17 Disember 2025      KPWKM    

Sesi Clock-In dan Clock-Out YB Timbalan Menteri KPWKM

Sesi Clock-In dan Clock-Out YB Timbalan Menteri KPWKM yang berlangsung pada hari ini menyaksikan peralihan amanah dan kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan dalam perkhidmatan awam di KPWKM. YB Lim Hui Ying mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di lobi kementerian bagi memulakan tugas rasmi beliau sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Semoga pelantikan YB Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baharu menjadi tunjang kekuatan dalam menggerakkan KPWKM sebagai peneraju utama dalam pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Majlis ringkas ini turut menjadi platform untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas dedikasi dan khidmat bakti YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sepanjang menerajui pengurusan pentadbiran di KPWKM. Kami di KPWKM sentiasa mendoakan YB Datuk Seri diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.

ATAS
Accessbility Option