LENSA KPWKM

MAJLIS APRESIASI WARGA KPWKM TAHUN 2025 DAN PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BILANGAN 1 2026

Program      8 Januari 2026      Putrajaya    

Majlis Apresiasi Warga KPWKM Tahun 2025 dan Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 1/2026

8 Januari 2026

Majlis Apresiasi Warga KPWKM Tahun 2025 dan Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 1/2026 membuka tirainya dengan meraikan setiap pencapaian yang telah digarap pada tahun 2025, seterusnya menzahirkan penghargaan kepada setiap warga kerja KPWKM atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas dan amanah.

Sepanjang tahun 2025, KPWKM telah melakar beberapa kejayaan penting, antaranya:

-Penganjuran enam program antarabangsa sempena Kepengerusian ASEAN 2025
-Pelancaran dasar-dasar penting seperti Dasar Wanita Negara, Dasar Kanak-Kanak Negara, Pelan Tindakan WPS, Pelan Tindakan Warga Emas, Care Strategic Framework
-Prestasi perbelanjaan pembangunan KPWKM yang telah meningkat kepada 81.2 peratus berbanding peruntukan asal dan 97.62 peratus selepas sekatan.

ATAS
Accessbility Option