KPWKM Rancakkan Hari Pertama Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan
7 Ogos 2025
Walaupun PMR 2025 Kelantan baru memasuki hari pertama, semangat Malaysia MADANI dapat dilihat menerusi kehadiran orang ramai yang membanjiri Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan yang datang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan disediakan Jabatan dan Agensi Kerajaan. Reruai KPWKM telah menerima kehadiran seramai:
-274 pengunjung yang singgah mendapatkan informasi dan bantuan di Kaunter Talian Kasih 15999
-214 orang menerima sesi kaunseling secara ad-hoc
-180 orang menjalani saringan kesihatan & advokasi
-77 pengunjung mendapat pendedahan mengenai Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA & Tribunal Antigangguan Seksual
-Kami akan terus berada di sini sehingga 9 Ogos 2025. Ayuh orang-orang Kelantan! Inilah masanya untuk anda berinteraksi secara langsung dengan pelbagai agensi kerajaan dan menikmati inisiatif MADANI yang benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
“Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Untuk Kesejahteraan Rakyat”
Pakat maghi blako sek kito!
LENSA KPWKM
KPWKM RANCAKKAN HARI PERTAMA PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 KELANTAN
Program 7 Ogos 2025 Kelantan