LENSA KPWKM

ZIARAH KASIH YB TIMBALAN MENTERI KEPADA MANGSA NAHAS KEMALANGAN BAS MELIBATKAN PELAJAR UPSI

Lawatan      3 Julai 2025      Terengganu    

Ziarah KASIH YB Timbalan Menteri Kepada Mangsa Nahas Kemalangan Bas Melibatkan Pelajar UPSI

3 Julai 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meneruskan Ziarah KASIH mengunjungi mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di kawasan Kuala Besut dan daerah Setiu.

Seramai tujuh orang mangsa telah diziarahi iaitu Rohadatul Aisy Binti Mohd Zaki, Aimi Nasuha Binti Che Azmi, Nurrin Najwa binti Mohd Azmi, Muhammad Zahim Zakri Bin Mokharizam, Nurul Yusrina Binti Yusof, Abdul Wafiy Bin Kamaruddin dan Nur Izzati Binti Md Rajmi. YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa menziarahi Nurul Aslina binti Che’Norizan, bekas pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini menjalani rawatan.

Dalam sesi ziarah ini, YB Timbalan Menteri menitipkan kata-kata semangat buat mangsa-mangsa terlibat dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang masih mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan, KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menyampaikan sumbangan Program PEKA kepada semua mangsa terlibat. Bantuan ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian dalam memberikan sokongan berterusan kepada individu dan keluarga yang terkesan dengan bencana atau musibah.

Selain itu, YB Datuk Seri Dr Noraini turut menyampaikan bakul makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan dari Jabatan Pembangunan Wanita kepada semua mangsa.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memastikan kebajikan kumpulan sasar sentiasa terpelihara, khususnya dalam saat-saat sukar ini.

ATAS
Accessbility Option