KPWKM Warnai Hari Pertama Program MADANI Rakyat 2025 Melaka
17 Oktober 2025
Tirai Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 dibuka dengan penuh meriah di Politeknik Merlimau, Melaka!
Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) ini diterajui oleh Kementerian Pertahanan, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka sebagai tuan rumah.
Bertemakan “Aspirasi MADANI: Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara”, program ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk dinikmati rakyat sebagai satu lagi bukti komitmen Kerajaan dalam mendekati masyarakat di setiap peringkat.
Reruai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menarik tumpuan dengan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti interaktif melalui agensi-agensi di bawahnya, termasuk:
-Kaunter Talian Kasih 15999
-Ujian kesihatan emosi dan mental (DASS) oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayadan Kebajikan Negara (YKN)
-Advokasi Antigangguan Seksual
-Promosi Perkhidmatan Kekeluargaan
Sambutan hangat daripada warga Melaka membuktikan semangat MADANI terus hidup subur di bumi Hang Tuah!
Orang Merlimau dan kawasan sekitar, kami masih di sini hingga 19 Oktober 2025!
Jom datang beramai-ramai dan rasai sendiri keterangkuman perkhidmatan MADANI untuk semua.