LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA HEALTHY AGEING SOCIETY (MHAS) KE ATAS YBM KPWKM

Mesyuarat      9 Jun 2026      Kuala Lumpur    

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIAN HEALTHY AGEING SOCIETY (MHAS) KE ATAS YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

9 Jun 2026

Hari ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Healthy Ageing Society (MHAS) yang diketuai oleh Prof. Dr. Shahrul Bahyah binti Kamaruzzaman, Penasihat MHAS di Bangunan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama strategik antara MHAS bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta agensi-agensi di bawahnya.

Perbincangan tertumpu kepada isu-isu penuaan merangkumi aspek kesejahteraan, kesihatan dan kualiti hidup warga emas serta kemahiran penjagaan kepada penjaga warga emas. Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KPWKM menyambut baik inisiatif murni ini dan kekal komited dalam menyokong setiap usaha yang berupaya memartabatkan kedudukan, kebajikan serta peranan golongan sasar negara terutamanya dalam mendepani agenda penuaan sihat yang inklusif.

ATAS
Accessbility Option