LENSA KPWKM

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK KPWKM PENCAPAIAN MELEBIHI SASARAN

Program      4 Oktober 2025      Pulau Pinang    

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak KPWKM pencapaian melebihi sasaran

4 Oktober 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), telah berjaya melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak melebihi sasaran dengan pencapaian sebanyak 109%.

Sehingga 3 Oktober, 327 sekolah sudah dilibatkan melebihi sasaran 300 buah sekolah. Selain sekolah, program ini juga diperluas ke 30 Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di seluruh negara bagi melibatkan komuniti secara meluas. Terkini, 19 PAKK sudah terlibat dalam program ini.

Hari ini, telah diadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2025 di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)Kuala Muda, Seberang Perai Utara.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Datuk Dr. Maziah menyeru kerjasama semua pihak bagi meningkatkan kesedarantentang keselamatan dan perlindungan kanak-kanak serta memperkukuh jaringankomuniti.

Beliau menekankan cabaran era digital yang mendedahkan kanak-kanak kepada risiko penderaan, pengabaian, eksploitasi atas talian dan buli siber. Justeru, beliau menggesa masyarakat melaporkan sebarang kes melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-2615999 atau Aplikasi Mobile Talian Kasih untuk tindakan segera.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak dirangka untukmemberi kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai bentuk penderaan kanak-kanak secara fizikal, emosi, seksual, pengabaian dan eksploitasi.

Keberkesanan advokasi ini bergantung juga pada kolaborasi pelbagai agensi termasukKementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta jaringan komuniti setempat.Penyertaan kolektif semua pihak dianggap kritikal dalam menjamin kebajikan,keselamatan, dan kesejahteraan kanak-kanak secara berterusan.

ATAS
Accessbility Option