LENSA KPWKM

PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BIL 2 TAHUN 2026

Program      23 Februari 2026      KPWKM    

Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 2 Tahun 2026

23 Februari 2026

Suasana Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 2 Tahun 2026 yang diadakan pada hari ini sedikit berbeza apabila diadakan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah. Walaupun berpuasa, warga kerja KPWKM tetap bersemangat memenuhi Dewan Perdana Nur KPWKM bagi mendengar pesanan dan amanat yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara intipati ucapan YB Menteri pada hari ini ialah:

* Seruan untuk setiap warga KPWKM memelihara kelestarian alam sekitar melalui sokongan terhadap pendekatan tanpa kertas seperti yang disarankan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.

* Penglibatan KPWKM dalam Sesi Ke-100 Jawatankuasa mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva, Switzerland sekali gus mencipta sejarah di peringkat antarabangsa.

* Program RYTHM – Ritma Kehidupan Harmoni di bawah Belanjawan 2026 bertujuan membantu kumpulan sasar sekali gus membentuk generasi muda yang prihatin serta bertanggungjawab.

* Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) yang akan diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak sebagai langkah memastikan akses intervensi awal dan sokongan perkembangan kanak-kanak autisme dapat dinikmati secara lebih menyeluruh di seluruh negara.

* Pelaksanaan Mindness Tour: Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat YKN sepanjang bulan Januari 2026 bertujuan membawa perkhidmatan sokongan psikososial dan kesihatan mental terus ke komuniti.

* Penganjuran Majlis Amanat Bersama Kaunselor Berdaftar dan Seminar Profesional Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor yang mengetengahkan isu teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selain pembangunan Sistem Pengurusan Kaunselor Berdaftar (MYeLKM) untuk tujuan pendaftaran dan pemantauan kompetensi berterusan.

* Program Bicara Eksekutif Siri 2/2026: Refleksi Penglibatan Malaysia Dalam Convention on The Rights of The Child (CRC): Perspektif KPWKM yang berjaya meningkatkan literasi dasar kepada para peserta mengenai obligasi antarabangsa Malaysia serta rasional reservasi terhadap fasal tertentu yang disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah.

* Pemeteraian MoA antara LPPKN dan Universiti Malaya bagi tempoh lima tahun mulai Februari 2026 hingga 2031 akan memperkukuh penyelidikan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif, di samping membangunkan kapasiti serta memastikan data menyokong dasar dan program ilmiah.

* Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat liputan media yang meluas dan menjadi kerangka sosial nasional dalam memperkukuh institusi keluarga.

* Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS) merekodkan 79 aduan sehingga 31 Januari 2026, dengan 55 kes diselesaikan dalam tempoh 60 hari, membuktikan akses keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan secara cepat, mudah dan berkos minimum.

* Program Ihya’ Ramadan bertemakan “Ramadan Pengukuh Keluarga, Penyemai Kasih Sayang Dalam Masyarakat" yang dirancang sepanjang bulan ini bagi membawa makna pembangunan insan kepada semua peringkat.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pegawai Terbaik kepada Encik Mohd Razman Achmadi bin Muhammad dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Hazila binti Mohamad dari Bahagian Hubungan Antarabangsa KPWKM bagi sesi Oktober - Disember 2025.

ATAS
Accessbility Option