LENSA KPWKM

MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT OLEH DUTA KHAS HAK ASASI MANUSIA UK DAN TIMBALAN WAKIL TETAP UK KE PBB DI GENEVA

Mesyuarat      16 Julai 2026      KPWKM    

KUNJUNGAN HORMAT H.E. ELEANOR SANDERS, AMBASSADOR FOR HUMAN RIGHTS DAN DEPUTY PERMANENT REPRESENTATIVE TO THE UNITED NATIONS AND OTHER INTERNATIONAL ORGANISATIONS IN GENEVA KEPADA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR), KPWKM

16 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Eleanor Sanders, Ambassador for Human Rights dan Deputy Permanent Representative to the United Nations and other International Organisations in Geneva bersama delegasi Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia.

Delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPWKM, bersama pegawai-pegawai kanan kementerian.

Sesi kunjungan hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai komitmen Malaysia terhadap Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), di samping membincangkan usaha memperkukuh pemerkasaan wanita, kesaksamaan gender serta perlindungan hak dan kesejahteraan wanita serta kanak-kanak.

Turut dikongsi ialah pelaksanaan Dasar Wanita Negara 2025–2030 yang menjadi panduan utama Kerajaan dalam memperkasa penyertaan wanita dalam pelbagai sektor serta memperkukuh mekanisme perlindungan terhadap wanita yang berhadapan dengan keganasan dan diskriminasi.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dan potensi kerjasama dalam bidang pembangunan dasar, pembinaan kapasiti, pencegahan keganasan berasaskan gender, kepimpinan wanita serta keselamatan dalam talian.

KPWKM menghargai hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan United Kingdom serta berharap perbincangan ini akan terus memperkukuh kerjasama dua hala dalam usaha memajukan agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

ATAS
Accessbility Option