LENSA KPWKM

MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-20 MAPPA XX) TAHUN 2025

Program      15 Ogos 2025      Putrajaya    

MAPPA XX: Penjawat Awam MADANI Teras Kecemerlangan

15 Ogos 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM bersama-sama YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta warga KPWKM/Jabatan dan Agensi hari ini telah menghadiri Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam ke-20 (MAPPA XX) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

MAPPA XX merupakan platform penting bagi Perdana Menteri bertemu secara langsung dengan penjawat awam di semua peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menyampaikan amanat dan hala tuju pentadbiran negara.

Program ini turut memberi peluang kepada seluruh penjawat awam menghayati hasrat kepimpinan tertinggi negara dengan harapan mereka dapat berganding bahu merealisasikan visi Malaysia MADANI.

Dalam amanatnya, Perdana Menteri menyentuh mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan penjawat awam dengan mengumumkan beberapa insentif berkaitan pendidikan serta mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam untuk sentiasa berganding bahu dalam mendepani cabaran negara mendatang terutamanya dalam isu keselamatan.

Bertemakan Penjawat Awam MADANI Teras Kecemerlangan, majlis ini telah menghimpunkan lebih 30,000 anggota perkhidmatan awam terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi, secara fizikal dan dalam talian.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan penyampaian amanat, malah berfungsi sebagai karnival perkhidmatan, memperkukuh hubungan antara penjawat awam dengan agensi kerajaan.

ATAS
Accessbility Option