LENSA KPWKM

MAJLIS PELANCARAN KEMBARA KASIH KPWKM 2025

Program      16 Mei 2025      Sabah    

Kembara KASIH KPWKM 2025 edisi Sabah membuka tirai pada hari ini dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Kembara Kasih KPWKM yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut menyempurnakan acara flag-off Konvoi Kembara KASIH KPWKM yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kembara ini akan menjelajah ke enam daerah di negeri Sabah iaitu Tuaran, Papar, Penampang, Lahad Datu, Kunak dan Tawau bermula 16 sehingga 24 Mei 2025.

Majlis ini juga menyaksikan perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang menjadi pusat rujukan komuniti khususnya kumpulan sasar di bawah KPWKM mendapatkan perkhidmatan bantuan psikososial serta bimbingan dan kaunseling.

Selain itu, turut disampaikan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 10 penerima tertinggi Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan tiga penerima Bantuan Kewangan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Program ini bukan sekadar kembara memperkenalkan dasar serta inisiatif Kerajaan, tetapi juga ruang untuk menyantuni masyarakat Sabah secara lebih dekat dengan membawa pelbagai perkhidmatan ditawarkan Jabatan serta Agensi di bawah KPWKM.

Terima kasih orang-orang Tuaran dan sekitarnya atas sambutan yang sangat meriah dan penuh semangat. Teruskan menyokong Kembara KASIH KPWKM 2025 berteraskan peduli rakyat.

ATAS
Accessbility Option