LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT DATUK KSU KE ATAS PENGERUSI SPA

Mesyuarat      13 Oktober 2025      Putrajaya    

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara KPWKM dan SPA khususnya dalam memperkukuhkan kerjasama strategik berkaitan dasar dan pelaksanaan pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sektor Awam.

KPWKM kini juga sedang dalam tindakan mengemaskini Garis Panduan Kerjaya Inklusif OKU di Sektor Awam turut memberi tumpuan kepada aspek kesesuaian jawatan yang boleh ditawarkan kepada golongan OKU di sektor awam.

Kunjungan ini membuktikan komitmen KPWKM dalam memperkukuhkan agenda inklusif Malaysia MADANI, khususnya dalam menyediakan peluang kerjaya yang lebih adil dan saksama kepada golongan OKU di sektor awam.

ATAS
Accessbility Option