LENSA KPWKM

KPWKM TERUS KOMITED DALAM MEMANTAU KEMAJUAN PROGRAMPROJEK PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2025

Mesyuarat      19 Disember 2025      KPWKM    

KPWKM Terus Komited Dalam Memantau Kemajuan Program/Projek Pembangunan bagi Tahun 2025

19 Disember 2025

KPWKM sentiasa komited dalam melaksanakan pemantauan secara berterusan ke atas kemajuan pelaksanaan 49 program/projek pembangunan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025.

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bil. 12/2025 bagi pelaporan status kemajuan 49 program/projek yang sedang dilaksanakan pada tahun 2025.

Dalam masa yang sama, Mesyuarat JTPK KPWKM tersebut turut menekankan mengenai kepentingan perancangan kerja dan pengurusan program/projek pembangunan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Tahun 2026.

Turut hadir, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM dan Ketua-ketua Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option