LENSA KPWKM

PROGRAM SINAR SYAWAL YKN 2026M1447H SANTUNI 200 PENERIMA BAKUL MAKANAN

Program      7 Mac 2026      Sarawak    

PROGRAM SINAR SYAWAL YKN 2026M/1447H SANTUNI 200 PENERIMA BAKUL MAKANAN

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir menyempurnakan Program Sinar Syawal YKN 2026M/1447H di Kampung Beradek, Kuching, Sarawak.

Program ini merupakan inisiatif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad dalam menyantuni 200 keluarga, yang majoritinya dari tiga buah kampung iaitu Kampung Beradek, Kampung Semilang dan Kampung Tiang Api melalui agihan bakul makanan Sinar Syawal YKN 2026M/1447H.

Bantuan ini mengandungi barangan keperluan dapur bagi membantu meringankan beban keluarga sepanjang bulan Ramadan serta sebagai persiapan menyambut Syawal.

Selain itu, Program Mindness Tour: Kaunseling Kasih PSSS turut diadakan sebagai inisiatif YKN dalam membawa perkhidmatan kaunseling terus kepada komuniti setempat.

Turut hadir, YBrs. Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Encik Rizal IL-Ehzan Fadip Azim, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad.

ATAS
Accessbility Option