LENSA KPWKM

RUU PKS 2026 DILULUSKAN KOMITMEN KPWKM MEMPERKASA PROFESION KERJA SOSIAL NEGARA

Aktiviti      30 Julai 2026      Parlimen    

RUU PKS 2026 Diluluskan: Komitmen KPWKM Memperkasa Profesion Kerja Sosial Negara

30 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus melakar satu lagi pencapaian penting apabila Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial 2026 (RUU PKS 2026) diluluskan oleh Dewan Negara pada 30 Julai 2026.

Pembentangan bacaan kedua RUU ini telah disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Perbahasan RUU ini turut menyaksikan penyertaan aktif seramai 19 Ahli Dewan Negara yang telah mengemukakan pandangan, cadangan dan sokongan dalam usaha memperkukuh profesion kerja sosial sebagai satu profesion yang diiktiraf, beretika dan berintegriti.

Penglibatan Ahli-ahli Dewan Negara ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda utama negara.

Sebagai kementerian yang menerajui pembangunan sosial negara, KPWKM komited untuk memperkukuh ekosistem perkhidmatan sosial melalui pewujudan mekanisme kawal selia yang lebih tersusun, profesional dan diyakini.

Kelulusan RUU PKS 2026 bukan sahaja mengangkat martabat profesion kerja sosial, malah memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kepada individu, keluarga dan komuniti yang memerlukan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

ATAS
Accessbility Option