LENSA KPWKM

YB MENTERI KPWKM PERJUANG AGENDA PEMERKASAAN WANITA DI APEC WOMEN AND THE ECONOMY FORUM(WEF) 2026

Program      15 Mei 2026      Shanghai, China    

YB MENTERI KPWKM PERJUANG AGENDA PEMERKASAAN WANITA DI APEC WOMEN AND THE ECONOMY FORUM (WEF) 2026 DI SHANGHAI, CHINA

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengetuai delegasi Malaysia ke APEC Women and the Economy Forum (WEF) 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2026 di Shanghai, China.

Forum anjuran Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ini membincangkan usaha memperkukuh pemerkasaan ekonomi wanita di rantau Asia-Pasifik melalui tema ‘Promoting Women’s Economic Empowerment to Prosper Together in the Asia-Pacific’.

Semasa sesi High Level Policy Dialogue Discussion, YB Menteri telah menyampaikan penyataan negara Malaysia yang menekankan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa penyertaan wanita dalam ekonomi melalui pendidikan, pendigitalan, latihan kemahiran dan sokongan kepada usahawan wanita.

YB Menteri turut diberi peluang mengemukakan intervensi semasa Sesi Panel 1 : Driving Innovation in Science and Technology serta Sesi Panel 2 : Advancing Economic and Trade Cooperation yang membincangkan peranan inovasi, teknologi dan kerjasama ekonomi dalam memperluas peluang wanita dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

Selain itu, YB Menteri juga menghadiri 2026 APEC Healthy Women, Healthy Economies (HWHE) Research Prize Ceremony & Roundtable Agenda serta menjadi panelis bagi sesi ‘Demographic Resilience: Strengthening Family and Fertility Support to Sustain Economic Vitality’. Semasa sesi penyampaian anugerah tersebut, salah seorang pensyarah Universiti Malaya telah diumumkan sebagai penerima tempat kedua.

Penyertaan Malaysia dalam forum ini menzahirkan komitmen berterusan negara dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita dan pembangunan ekonomi inklusif.

ATAS
Accessbility Option