LENSA KPWKM

SOUTHEAST ASIA MULTI-STAKEHOLDER FORUM ON SUSTAINING THE GAINS OF THE WPS AGENDA

Mesyuarat      30 Mac 2026      Filipina    

SOUTHEAST ASIA MULTI-STAKEHOLDER FORUM ON SUSTAINING THE GAINS OF THE WPS AGENDA

Malaysia terus diberi penghormatan di peringkat rantau Asia Tenggara selepas wakil KPWKM telah dijemput untuk berkongsi berkaitan pengalaman dalam membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan semasa Program Southeast Asia Multi?Stakeholder Forum on Sustaining the Gains of the WPS Agenda di Manila, Filipina pada 30 dan 31 Mac 2026.

Program anjuran Office of the Presidential Adviser on Peace, Reconciliation and Unity of the Philippines dan United Nations Development Programme (UNDP) ini telah dianjurkan sempena ulang tahun pertama penubuhan Women, Peace and Security Center of Excellence (WPS CoE) selain memperkukuhkan lagi pelaksanaan agenda WPS di rantau ini.

Serama 50 peserta program dari pelbagai negara telah menghadiri forum ini dengan penglibatan wakil Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan juga wakil masyarakat. Malaysia telah diwakili oleh YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan dua wakil badan bukan kerajaan. Malaysia menerusi KPWKM akan terus komited dalam menjayakan lagi agenda WPS menerusi platform ASEAN ????????

ATAS
Accessbility Option