LENSA KPWKM

PROGRAM PERANTIS BANTU PESERTA TEROKA POTENSI EKONOMI BERASASKAN ORKID

Program      6 Julai 2026      Sarawak    

Program PERANTIS Bantu Peserta Teroka Potensi Ekonomi Berasaskan Orkid

6 Julai 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menyempurnakan Majlis Graduasi SARORSO Kali Ke-3 Tahun 2026 bagi meraikan pencapaian
para graduan SARORSO yang mengikuti Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS).

Program PERANTIS merupakan program utama di bawah KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Melalui PERANTIS, SARORSO merangka Program Pementoran Kepimpinan & Keusahawanan Wanita Khususnya B40: Menjana Ekonomi Melalui Orkid yang merupakan satu inisiatif yang kreatif dan berimpak tinggi.

Program ini menjadi platform kepada para peserta untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pendedahan dalam bidang berkaitan orkid, keusahawanan, pemuliharaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti.

Para paserta juga didedahkan kepada cara melihat orkid sebagai satu keunikan yang mampu memberi nilai tambah dan membezakan produk mereka di pasaran.

Kejayaan para graduan hari ini membuktikan bahawa wanita mampu menjadi agen perubahan dalam masyarakat apabila peluang dan sokongan diberikan, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

KPWKM melalui JPW terus komited dalam memperkasa agenda kepimpinan wanita menerusi program PERANTIS bagi melakar masa hadapan yang lebih gemilang buat wanita di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option