LENSA KPWKM

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Mesyuarat      9 April 2026      KPWKM    

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pengangkutan

9 April 2026

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut serta mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pengangkutan yang telah berlangsung di Dewan Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah menyentuh beberapa isu penting meliputi perkembangan semasa di peringkat global dan agenda pembangunan negara. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan keprihatinan terhadap konflik antarabangsa termasuk serangan melibatkan Israel dan Iran, serta menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten dalam memperjuangkan keamanan dan kestabilan sejagat.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan kepentingan reformasi perkhidmatan awam sebagai tunjang utama kepada keberkesanan penyampaian Kerajaan. Penjawat awam diseru untuk terus meningkatkan integriti, kecekapan dan mutu perkhidmatan demi memastikan sistem pentadbiran negara kekal cekap, telus dan berdaya saing .

Penyertaan warga kerja KPWKM dalam perjumpaan atas talian ini bukti komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh bagi memastikan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat khususnya kumpulan sasar dapat dikekalkan.

ATAS
Accessbility Option