LENSA KPWKM

KPWKM KOMITED MEMPERKASA WANITA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK PEMBANGUNAN NEGARA

Program      28 Januari 2026      Sarawak    

KPWKM Komited Memperkasa Wanita Sebagai Rakan Strategik Pembangunan Negara

28 Januari 2026

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Zon Borneo telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Kuching Sarawak dan disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menekankan bahawa wanita merupakan rakan strategik pembangunan negara berdasarkan realiti demografi dan sumbangan mereka dalam pelbagai sektor. Ini adalah selaras dengan tema Sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”.

Sambutan ini juga menjadi titik permulaan dalam memastikan agenda pemerkasaan wanita dapat dilaksanakan secara berfokus, inklusif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan keluarga, komuniti dan negara.

Turut hadir pada hari ini ialah YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, YB Dato Sri
Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan
Komuniti Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan,
Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita dan Ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

ATAS
Accessbility Option