AGIHAN JUADAH BERBUKA SIRI 2 KPWKM
4 Mac 2026 | 14 Ramadan 1447H
Program Agihan Juadah Berbuka Siri 2 anjuran Surau Al-Hasanah KPWKM telah berlangsung dengan jayanya di ruang legar lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
KPWKM amat berbesar hati dengan kehadiran dan kesudian YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang turut menyempurnakan agihan juadah berbuka puasa bersama barisan Pengurusan Tertinggi KPWKM, Ketua-Ketua Agensi serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian.
Sebanyak 650 pek juadah berbuka puasa telah diagihkan kepada warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KPWKM. Turut diedarkan 200 pek bubur lambuk hasil sumbangan Institut Sosial Malaysia (ISM).
Program ini bukan sahaja menyantuni warga kementerian, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhwah, menyemai semangat kebersamaan serta menghidupkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga KPWKM.
Semoga inisiatif seperti ini terus menyuburkan nilai ihsan dan kebersamaan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.