LENSA KPWKM

BENGKEL PEMANTAPAN PROSIDING DAN PENULISAN ALASAN KEPUTUSAN TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TAGS)

Latihan      3 Oktober 2025      Shah Alam, Selangor    

Bengkel Pemantapan Prosiding dan Penulisan Alasan Keputusan Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) menganjurkan Bengkel Pemantapan Prosiding dan Penulisan Alasan Keputusan TAGS dari 3 hingga 5 Oktober 2025 bagi meningkatkan keupayaan Anggota Tribunal dalam aspek pengendalian prosiding aduan gangguan seksual serta kemahiran penulisan alasan keputusan.

Bengkel ini juga menyediakan platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik bagi memperkukuh pelaksanaan fungsi Tribunal selaras dengan peruntukan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] dan Peraturan-Peraturan Antigangguan Seksual 2024 [P.U.(A) 80/2024].

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Syafeera binti Mohd Said, Presiden TAGS dan dihadiri oleh anggota-anggota Tribunal. Turut hadir Tuan Mohammad Nasrudin bin Mohamed, Timbalan Presiden dan pegawai-pegawai kanan TAGS.

ATAS
Accessbility Option