LENSA KPWKM

PERJUMPAAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) BERSAMA YBHG. DATUK DR. KSU KPWKM

Mesyuarat      23 Februari 2026      KPWKM    

Perjumpaan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Bersama YBhg. Datuk Dr. KSU KPWKM

23 Februari 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama kadet PTD yang ditempatkan di KPWKM di bawah Submodul Strategic Partnership Programme (SPP), Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam sesi 2025/2026.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Dr. telah menyampaikan amanat agar kadet dapat memanfaatkan tempoh penempatan ini bagi mendalami proses penggubalan dan pelaksanaan dasar awam. Beliau turut menekankan kepentingan memahami fungsi, peranan serta hala tuju KPWKM dalam memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat secara menyeluruh.

Pada akhir sesi, YBhg. Datuk Dr. turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada para kadet dalam meneruskan latihan dan kajian masing-masing. KPWKM sentiasa terbuka dalam menerima dapatan serta syor penambahbaikan yang akan dibentangkan, sebagai salah satu perspektif baharu dan alternatif terhadap pelaksanaan dasar dan inisiatif KPWKM. Diharapkan perkongsian tersebut dapat menyumbang kepada usaha penambahbaikan berterusan demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

ATAS
Accessbility Option