YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor yang diketuai oleh Encik Gopalan-Krishnan Papachan.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mendengar perkongsian inisiatif berhubung Kempen Projek 30% yang menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus jumlah wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat dalam bidang politik. Selain itu, kunjungan ini juga adalah bagi mendapatkan cadangan serta pertimbangan KPWKM berkaitan projek yang akan memberi manfaat kepada golongan wanita di negara ini.
KPWKM sentiasa menyambut baik usaha murni yang dilakukan untuk memperkasa wanita dan mengarus perdana gender bagi mencapai kesejahteraan bersama selaras dengan hasrat Malaysia MADANI melalui kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial.