Kursus Smart Insani Penjawat Awam
Kursus Smart Insani Penjawat Awam anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Surau Al-Hasanah KPWKM telah berlangsung dengan jayanya pada 9 - 10 September 2025 di Dewan Perdana Nur, Aras B1, KPWKM.
Kursus yang dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan bertauliah dari Smart Triple IQ telah dihadiri oleh 25 orang peserta terdiri daripada pegawai KPWKM serta agensi di bawahnya, merangkumi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Matlamat utama kursus ini adalah untuk memperkukuh keupayaan berkomunikasi, mengawal emosi dan stres serta memperkasa kemahiran menyelesaikan masalah agar penjawat awam lebih cemerlang dalam melaksanakan tugasan harian.
Menerusi kursus ini, peserta didedahkan dengan slot latihan yang dapat menyerlahkan potensi diri, kaedah komunikasi dalam menyampaikan maklumat secara efisien, pengurusan stres dan membudayakan bekerja sebagai satu pasukan dengan berintegriti. Sesi latihan telah dilaksanakan dengan pelbagai sesi interaktif termasuklah simulasi menyelesaikan masalah.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Zurifahida binti Zulkifli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPWKM.