KPWKM ANJUR PROGRAM BICARA BUKU BERSAMA PENULIS SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2025
3 Oktober 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Program Resensi Buku : Bicara Buku Bersama Penulis bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2025.
Program anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Perpustakaan KPWKM merupakan usaha KPWKM dalam menggalakkan budaya membaca, mempromosikan koleksi buku, meningkatkan minat terhadap buku dan karya ilmiah dalam kalangan warga KPWKM.
Resensi kali ini mengupas tajuk buku Menyingkap Tabir LGBT yang dibawakan oleh Dr Amran bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah (Cawangan Organisasi) Bahagian Psikologi dan Kaunseling , Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Program ini turut memberi ruang untuk mengupas isu-isu semasa dengan perbincangan ilmiah.Terima kasih kepada semua yang turut serta!