LENSA KPWKM

KPWKM BENTANG DASAR WANITA NEGARA (DWN) DI WOMEN, PEACE, AND SECURITY CONFERENCE (WPSC) SEMPENA LIMA 2025

Program      20 Mei 2025      Pilihan    

KPWKM bentang Dasar Wanita Negara (DWN) di Women, Peace, and Security Conference (WPSC) sempena LIMA 2025.

20 Mei 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membentangkan berkaitan Dasar Wanita Negara 2025-2030 di Women, Peace and Security Conference (WPSC) sempena LIMA’25.

Dalam sesi bual bicara dengan tajuk Diversity and Inclusion: Embracing Differences, Driving Success, KPWKM telah diwakili oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha Stategik. Dalam sesi ini beliau telah membentangkan Dasar Wanita Negara (DWN) 2025–2030, yang menekankan penyelarasan dasar tersebut dengan agenda global Wanita, Keamanan dan Keselamatan di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1325.

Encik Daud turut menyorot usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor keselamatan serta Pelan Tindakan Negara WPS Malaysia yang pertama bakal dilancarkan dalam tahun ini. Malaysia bekerjasama rapat di peringkat ASEAN dan serata dunia bagi memperkukuh kepimpinan wanita dalam pembinaan keamanan dan pencegahan konflik di seluruh Asia Tenggara, mempromosikan pembangunan inklusif dan kepimpinan mantap.

Sesi tersebut telah dimoderatorkan oleh Dr. Jessica Ong dari UPNM, turut disertai ahli panel terkemuka termasuk Rear Admiral Jude Terry dari United Kingdom Royal Navy dan YB Nurul Izzah Anwar.

ATAS
Accessbility Option