LENSA KPWKM

LAWATAN YB MENTERI KPWKM KE ANJUNG WANITA BANGKIT BERSASAR (WBB) YKN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENJARA NEGERI SABAH

Program      20 Disember 2025      Sabah    

Lawatan YB Menteri KPWKM Ke Anjung Wanita Bangkit Bersasar (WBB) YKN Dengan Kerjasama Jabatan Penjara Negeri Sabah

20 Disember 2025

Dalam usaha memastikan wanita dapat menyumbang dan menikmati pembangunan negara secara menyeluruh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) komited dalam menjalankan pelbagai program dan inisiatif seperti Anjung Wanita Bangkit Bersasar (WBB) dengan Kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bertujuan membantu banduan wanita menjana pendapatan dan integrasi semula ke dalam masyarakat.

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM bersama YB Datuk Rina Haji Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah telah melawat Anjung WBB dan menyaksikan proses penyediaan serta hasil kerja penghuni yang terlibat dalam seksyen pembuatan kek, biskut, kerepek dan karipap.

Diharapkan dengan lawatan ini dapat memberi manfaat dan menyuntik semangat kepada para penghuni rumah perantara agar lebih maju dan mampu berdaya saing bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Yang Berusaha Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Sabah.

ATAS
Accessbility Option